RSS

Khamis, 20 November 2008

PROGRAM CUTI SEKOLAH... BACA NOVEL...

Aku dah mula baca novel mulai hari Selasa minggu pertama cuti:

1. Warna Hati - Meen Zulaikha - best tp novel pertama di bawah lagi best. -(4*)
2. Kasih Yang Suci- Meen Zulaikha
- best! Tak boleh tidur selagi tak habis (tidur 3 pagi) -(5*)
3. Kembalikan Cintaku-Norhayati Berahim - idea dari seorang pengarang yang berpengalaman. Jalan ceritanya santai dan tidak terburu-buru. - ( 4*)
4.Di Langit Cinta-Lily Haslina Nasir -Mula-mula baca tak best sangat, makin dibaca makin seronok, sedihpun ada - (4*)
5.Kau Tetap Di Hati-Liza Zahira-Seronok -(4*)
6.Bahtera Kasih-Liza Zahira - Banyak sangat konflik yang mencabar, pening kepala bila membacanya (3*)
7.Moga kau Mengerti-Lily Haslina Nasir -Makin dibaca makin seronok dan agak sedih..uhuk.(4*)
8.Hak Cinta Terpelihara-Lynn Dayana-Tak best, tak suka gaya penceritaan yang begini. Novel beliau JIKA BENAR CINTA lagi best.(2*)
9.Kudamba Bahagia-Dhiya Zafira - Bestnya, penat aku menangis....sedihnya!(5*)
10.Rindu Belum Berhenti- Dhiya Zafira- Menarik dan seronok, lain dari yang lain...(5*)
11.Chinta-Norhayati Berahim-Macam biasalah novel pengarang ini memang best. (5*)
12.Kala Mimpi Bersatu-Emma Maizura-menarik dan sedih tapi tak bestnya sebab heroinnya gadis india, tak boleh nak bayangkan rupa parasnya (3*)
13.Sentuhan Cinta-Haiza Najwa -Tak suka dengan heroin yang tak tahu identiti diri yang agak melampau. Agak menarik bila dah nak habis...uhukkk. (3*)
Ini saja novel2 yang sempat aku baca pada musim cuti panjang kali ini....esok dah mula sesi persekolahan 2009, pastinya aku akan mula sibuk dengan kerja2 aku... Namun begitu aku akan luangkan juga untuk pulun dengan novel2 walaupun mungkin mengambil masa berhari-hari untuk menghabiskan sebuah novel...

0 ulasan: