RSS

Isnin, 27 April 2009

LAGI OLE2 DARI PBAKL'09

27 April
Kak Zie serahkan 17 buah novel yang dia tolong belikan di PBAKL'09. Hah terkejut aku, banyaknya!!!!! Patutlah dia kata tangan dia nak patah bawak novel2 aku.... tak tau nak kata apa, terima kasih daun keladilah....rasa bersalah pulak kirim banyak2...kesian Kak Zie!
Hubby aku ternganga tengok novel-novel yang aku beli, aku kata padanya aku tak akan beli novel untuk 2 bulan akan datang. Dia hanya jawab "yalah tu....". Aku hanya mampu tersengih.... Tambah punya tambah aku hangus RM 302.80 + RM 85.00 untuk Pesta Buku kali ini...

Khamis, 23 April 2009

OH KAK RADZIAH...

Kak Zie yang naik 'flight' ke KL aku yang lebih2 teruja. Hah tau kenapa? Novel punya pasallah. Malam tadi Kak Zie ke KL lagi dan dia kata InsyaAllah dia akan menjengah lagi ke PBAKL'09 tu, so aku bekalkan dia dengan senarai novel yang berjela dan duit RM250. Aku tau duit tu belum mencukupi untuk menampung harga novel yang aku suruh beli .... inilah novel-novel yang aku hajatkan.... kalaulah semuanya ada...

1. Dalam Kehangatan Dakapan Senja (Manaf Hamzah) Pustaka Nasional
2. Selamat Pengantin Baru Isteriku (Nass Alina Noah )Kaki Novel
3. Sungguh Aku Cinta (Anis Ayuni )Alaf21
4. Tinggallah Pujaan (Mimie Afinie )KarnaDya
5. Kalau Ada Jodoh (Mimie Afinie )KarnaDya
6. Panggil Aku Dahlia (Noor Suraya )Jemari Seni
7. Nama Aku N (Aina Emir )KarnaDya
8. Potret Wajah Kekasih (Antasya Balkis )Kaki Novel
9. Suatu Penantian (Antasya Balkis )Kaki Novel
10.Citra Cinta (Antasya Balkis )Buku Prima
11. Bila Hati Berbicara (Antasya Balkis )Buku Prima
12. Rembulan Pujaan (Antasya Balkis )Buku Prima
13. Rahsia Hati Sofia (Nazurah Aisyah )Jemari Seni
14. aA+bB (Hlovate )Jemari Seni
15. Tunas (Hlovate )Jemari Seni
16. 5 tahun 5 bulan (Hlovate )Jemari Seni
17. Dia Lebih Mengerti (Norhayati Berahim )NBKara

Ahad, 19 April 2009

OLE-OLE PESTA BUKU KL 2009

Pagi tadi terujanya aku, sesampai saja di sekolah Kak Zie menghulurkan beg Alaf21 yang terisi dengan beberapa buah novel yang aku kirim. Sempat lagi dia datang sekolah sekembalinya dari KL malam tadi... Aku seronoknya, macam budak dapat gula-gula!!!! Itulah novel2 yang dibelinya... Katanya this weekend dia akan pergi lagi dan aku yang terlebih-lebih bersorak sebab aku nak habiskan lebih banyak duit untuk novel2 yang aku dah 'surf' dalam internet yang dikategorikan tip-top oleh peminat-peminat novel. Bukannya kat Terengganu tak ada antara novel2 tu tapi beli kat pesta buku macam ni diskaunnya lebih sikit....so tq Kak Zie atas pertolongan membeli, mengelek dan membawa balik....he2.
Oppsss ada lagi, selain poster, penanda buku daripada NBKara..disebelah ialah katalog2 yang sempat Kak Zie kutip untuk aku. Nescafe Tongkat Ali dan Kacip Fatimah pun ada jugak ...ha2.

Jumaat, 17 April 2009

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2009....

Bestnya kalau dapat pergi...Kenapalah Pesta Buku ni dia orang buat bukan pada musim cuti sekolah.Sedihnya...Aku ada berpakat dengan husband nak pergi naik bas. Punyalah baik hubby aku ni nak temankan aku menghabiskan saki baki duit yang ada....tapi bila? Hari sekolah tak boleh pergi...minggu depan 25hb. ada mesy. agung PIBG pulak. Aduhhhhh!!!!Melepaslah ni........
Tup,tup kejap tadi rakan seperjuangan kat sekolah ada msg, sekarang dia ada kat PWTC. Nak beli Novel tak? Hah naklah buat tanya pulak so aku sempatlah msg novel2 yang aku teringin sangat tu.....harap-harapnya adalah hendaknya terutama novel terbaru Manaf Hamzah tu....Terima kasihlah Kak Radziah ya. Untung jugak buat bising2 pasal pesta buku ni kat bilik guru semalam...